Ayam Ternak

Kenapa Saya Suka Bela Ayam....

Apa khabar.. semua rakan-rakan blogger.Last tahun 2011 saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melihat blog saya yang biasa-biasa jer ni. Tahun 2011 adalah tahun yang menyeronokkan kerana hobi saya menternak ayam membuahkan hasil. Apa tidaknya tahun ni bersukan jer ayam dah keluar 6x dengan keputusan 4 win, 1 draw, 1 lose. Jadilah.. tapi ayam saya jarang dijual dan hanya untuk kegunaan sendiri.. Ayam yang saya jual di blog saya ini adalah kerana hendak menolong kawan. Baik ataupun tidak kawan tidak tahu. Hanya pembeli yang boleh menilai ayam tersebut. Cerita sedikit sebanyak dalam menternak ayam ini bermulanya hanya kerana minat dan hobi. Apabila panas telinga itu yang jadi penghasilan atau kerugian. Namun begitu dalam bersukan kita janganlah terlalu ikutkan hati dan perasaan kerana kelak boleh binasa. Seperkara lagi, dalam menternak ayam ini saya dapat rasakan segala kekusutan sewaktu bekerja dapat dikurangkan dengan melihat telatah ataupun karenah ayam yang dibela terutama ketika memberi makan. Bleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan memberi makan bila masa tiba waktu rehat saya pada jam 9.00 pagi dan waktu pulang kerja pada 4.30 petang. Itulah rutin harian saya tanpa memikirkan soal penat dan malas. Gambar dibawah ini merupakan RnD saya pada tahun 2011. Produk yang terpilih dan terbaik tahun 2011 akan dibawa bersukan tahun 2012 yang akan datang.
Gambar diatas diambil pada bulan Augustus 2011
Gambar diatas telah di rakam pada 29-12-2011 Sekian sajalah penutup untuk tahun 2011. Semoga pembukaan awal tahun 2012 hingga penghujungnya akan bertambah baik daripada sebelumnya.

Kampungku Bah.....

Ku mengharapkan panas berpanjangan rupanya hujan lebat 2 hari.. Bah yang melanda kampungku ini mungkin ada hikmahnya. Disebalik kedukaan penduduk terhibur juga dengan kehadiran Menteri yang dicemuh masyarakt dalam kes lembunya... Apa pun biar masyarakat yang putuskan tetapi selagi dia masih menteri perlu cari alternatif untuk merenung kembali. Fikir-fikirkanlah. Namun kegembiraan ini pasti ada dukanya. Mana tidaknya ayam-ayam ku kesejukan namun dengan tindakan pantas walaupun dalam hujan aku membuat pendawaian elektrik untuk memanaskan anak ayam tersebut. ( Nasib tidak kena renjatan ) kalau tidak pasti terpacak rambut kepala den. Disini diletakkan beberapa keping gambar rumah mangsa banjir untuk renungan rakan-rakan bloger sekalian. Kesian tak kawan-kawan. Tidak lupa juga kepada mangsa-mangsa banjir di negeri lain, patuhi segala amaran yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berlakunya peristiwa menyayat hati jika berlaku kepada sanak saudara sendiri. Gambar dibawah merupakan keadaan bah yang melanda kampungku dan juga menteri yang melawat kampungku

Angsa Vs Ayam

Cerita Menarik Angsa Dengan Ayam..Semalam 12hb Disember 2011 sewaktu saya duduk-duduk memerhatikan ayam hijau ini terdapat keanehan antara dua mahluk ini. Apa yang menariknya, terlihat keakraban dua mahluk berlainan jenis yang saya rasakan sungguh menakjubkan. Melihat gelagat mahluk ini saya pun cepat-cepat mengambil handphone untuk mengambil gambar tersebut. Terpikir sejenak.. mungkin ayam berwarna ijau ini belum diberi nama, cepat-cepat saya terfikir mungkin ayam ini perlu diberi nama Angsa Ijau. Hehehehe. ( Menarik Sekali nama ini ).Disini saya ada mengambil beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan tentang gelagat seekor angsa dengan ayam diberi nama Angsa Ijau. Sehingga ke hari ini hubungan kedua-dua mahluk ini seperti sudah saling mengenali antara satu sama lain. Apa tidaknya, makan bersama, minum bersama, tidur pun bersama ( satu didalam jaring yang satu mengawal rakannya). Terdapat keserasian yang tidak trfikir oleh benak fikiran ini. Lagi satu yang menariknya tentang keserasian mahluk ini, bila mana saya hendak memandikan angsa ijau ini, rakannya pasti akan mengekorinya sambil berbunyi seperti mahu dimandikan juga. Akhirnya saya mengalah dan mengambil sebuah bekas untuk angsa tersebut mandi( Mandi sendiri ). Setelah selasai mandi, angsa ijau ini dijemur untuk menguji stamina. Yang menariknya rakannya juga berjemur disebelahnya sambil membersihkan bulu badannya sama seperti yang angsa ijau buat. Melihat telatah ini, hilang segala kekusutan dalam kepala otak.

Anak Jalak 2.2k Untuk Dijual

Selamat bertemu kembali untuk edisi bulan Disember 2011. 3 ekor ayam kawan hendak dijual. Jenis Magon + Thai. Saya cuma membantu sahaja. Boleh terus hubungi penjual. Harga Jalak C: RM 350.00 ( Call 012-7860852 kalau mahu tanya gaya tarungnya )- SOLD
Harga Jalak B: RM 350.00 ( Call 012-7860852 kalau mahu tanya gaya tarungnya )- Dah SOLD
Harga Jalak A: RM 350.00 ( Call 012-7860852 kalau mahu tanya gaya tarungnya ) -SOLD
Owner ayam ni memberitahu sekiranya pembeli ingin membeli 3 ekor sekali gus bayaran hanya RM 1000.00 jer. Tiada penghantaran. Umur ayam dalam 8 bulan.