
Togel ini telah saya pesum dengan 5 ekor betina sendiri untuk ekperimen. Apa yang menariknya ayam ini, masa baru tiba di kandang, adalah seorang sahabat saya yang mengatakan ayam ini tidak cukup sifatlah, kurang sikitlah dan bermacam-macam lagi(mungkin saya tidak beli ayam dia) namun saya abaikan apa yang diperkatakannya kerana pada pandangan saya iannya boleh tahan. Dengan hati yang panas membara... saya menyuruh sahabat tersebut membawa ayam champion dia untuk di lihat gayanya.Terkedu dan terdiam sahabat saya melihat ayam championnya tidak boleh berbuat apa dengan ayam saya ini.. tapi sebaliknya ayam sahabat yang teruk kena pukul di belakang kepala dan belakang badan. Setelah hampir 20 minit melihat pemainnya saya berasa sungguh teruja kerana ayam saya ini tiada kesan luka yang teruk. Ayam champion sahabat saya belakang badan menjadi biru kehijauan dan belakang kepala terkopek kulit. itulah pengalaman saya mendapat bapak yang ke-3 ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, Bapak TOGEL ini di pesum dengan ibu balung angsa, cucu buta,coklat,kluang,anak blorok telah menghasilkan anak yang kata orang tidak malulah hendak ke bong. Hanya 5 ekor jantan yang terpilih saya simpan daripada kesemua ibu ini. Sahabat JB- sekor, Sahabat N9- sekor, Sahabat yang test ayam seperti cerita diatas - sekor. Saya simpan 2.
Penat juga hendak menulis di blog ini. namun saya gagahkan untuk tatapan rakan-rakan betapa sukarnya perjalanan saya menjadi penternak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.