Ayam Ternak

AYAM DIJUAL & AYAM DISIMPAN ( boleh runding ).

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA RAKAN-RAKAN BLOGGER... TANGGAL 17-02-2012 (JUMAAT) JAM 8.15 PAGI...... MALAM TADI PENAT JUGA MEMINDAHKAN ANAK-ANAK AYAM YANG BARU MENETAS NI. FUH.. ALHAMDULILLAH BERJAYA JUGA MENETASKAN 3 IBU AYAM YANG DITUNGGU-TUNGGU DENGAN IZIN TUHAN. ANAK-ANAK AYAM INI DARI 3 JAGO UTAMA YANG ADA DIKANDANG KAMI. SETAKAT INI ANAK-ANAK KEPADA 3 JAGO INI TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN YANG TIDAK MEMALUKAN TUANNYA. SAYA NAK BERKONGSI SIKIT DENGAN SAUDARA-SAUDARI YANG BERADA DILUAR SANA. "ALAH BISA TEGAL BIASA" INILAH UNGKAPA YANG MENJADIKAN SAYA BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PEMBIAKAN AYAM INI.
Gambar dibawah ini merupakan anak-anak kepada salah seekor jago yang diberi nama "SABLENG". Setakat ini, anak-anak daripada jago ini tidak mengecewakan tuannya.
Untuk makluman saudara-saudari, sejarah jago "sableng" ini telah diperolehi pada tahun 2010 dari seorang sahabat di KL dengan harga RM 500.00 seekor dan pembelian adalah melalui abang saya. Masa tu... memang saya tidak kenal orang lain selain abang saya yang telah menunjukkan cara dan bagaimana hendak mengenali ayam yang baik ataupun tidak. Anak-anak yang telah dihasilkan kini amat memberangsangkan dan tidak malu untuk dibawa bersukan. Gambar dibawah ini merupakan sebahagian hasil R&D yang dilakukan oleh kami dan ada sebahagian ayam yang hendak dijual ada sebahagian akan disimpan. Pelawat yang datang boleh melihat dan memilih sambil menikmati hidangan kopi 'o' yang lazat. Apa yang pastinya adalah kepuasan pelanggan harapan kami. Harga yang diberikan adalah berpatutan dan boleh dibawa berbincang asalkan berijab. Boleh hubungi (012-7572440 Ah Kam)

Pama Line

Salam rakan-rakan FB. Ni pama trat dah 1 bulu dan tinggal tgu bulu ekor jer sikit lagi. Boleh dibawa bersukan lagi untuk hiburan. Sekarang ni kena berehat sebentar disebabkan suasana kucar-kacir disebabkan penguatkuasaan. Silap haribulan masuk TV3. Huhuhuuhu
Permainan ayam ini secara logiknya berdasarkan namanya adalah banyak tembak. Ketepatan muncung lawan tertanggal dan mata rosak adalah tinggi. permainan berhadapan adalah lebih baik. Ini sajalah yang dapat saya muatkan untuk awal bulan Februari ini. Sudi-sudikanlah untuk melihat... Terima kasih