Hai apa khabar rakan-rakan bloger. Cerita ni mungkin cerita bohong bak kata sifu tapi kalu nak percaya terpulang. Huhuhuhu. Permulaan saya membela ayam ternak ni datang daripada minat. Memang dikatakan langsung tidak tahu ciri-ciri seokor ayam yang berpotensi. Jumpalah saya dengan rakan Indonesia yang berdekatan dengan rumah saya, mintak beli sepasang.. Mulanya terkejut juga dengan harga yang ditawarkannya sehinggakan mencecah rm 500.00 hingga 1000.00 seekor. tapi dapat ibu 2 ekorlah.. Dalam masa membela, saya belajarlah dengan otai-otai lama yang pernah membela ayam ini dan dibantu dengan rakan-rakan yang ada di ganoi.com. Masa tu ganoi masih aktif. Mana tidaknya dapat tengok ayam-ayam sang juara. Setelah saya memahami sedikit sebanyak mengenai ayam ini, saya pun check ayam yang dibagi oleh rakan indonesia tersebut tapi amat mengecewakan sekali.. Ayam yang boleh digelar ayam kuali.. Huhuhuu sedih rasanya masa itu. Namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk membeli baka-baka terpilih. Tapi bukan semua orang indonesia ini tidak baik, ada gak yang baik dan boleh membantu. Mintak maaf laaa kalau saya berkata demikian sebab inilah kisah hidup saya sebagai penternak. Sambung balik kisah seterusnya.. Ayam induk kuali tadi telah saya habiskan dan digantikan dengan benih baru. Ini pun setelah saya mengenali rakan dari ganoi yang banyak membantu saya sehingga kini.. (bro)nama samaran. Bro inilah yang banyak memberi ilmu berkenaan ayam yang boleh menjadi juara di bong. Kekadang kalau difikirkan boleh jadi gila. Apa tidaknya, nak tgk sisik, bulu, keturunan dan macam-macam lagi.
Benih yang ke-2 saya Blorok Balung Angsa import...(RM 1000.00)..
Ini Gambarnya :-
Ini lah bapak ayam kedua saya.Cara permainannya pun dah lupa-lupa ingat maklumlah dah dekat setahun ayam ni berkubur akibat disembur ular hitam. Banyak juga laaa dapat daripada anak bapak ini namun susah nak dapat warna, muka, sisik yang mcm bapak. Memang tidak dinafikan membuat pembiakan ayam ternak ini agak sukar untuk mendapatkan yang berkualiti. Kalau muka serupa nanti warna x ikut, kalau kaki sama muka lain. Huhuhu.....Anak daripada bapak ini cuma dapat 5 yang jantan sahaja. Mana yang tidak berkenan dihati pasti akan disembelih dan dijual dengan harga rm 14/kg siap proses.
Untuk pengetahuan rakan-rakan bloger.. ini adalah gambar anak kepada blorok :-
Permainannya menyerupai bapaknya... Tetapi kaki mcm tidak berdaya. Sekarang ayam ini, saya suruh orang kampung bela sehingga salin bulu baru boleh ditest kembali keupayaannya.Inilah satu-satunya muka yang menyerupai bapaknya. Yang lain dh lupa taruk mana pic anak-anaknya. Ikutilah pengalaman kedua di Part 2 yang akan dibuat bila ada masa free. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.