Ayam Ternak

Kenapa Saya Suka Bela Ayam....

Apa khabar.. semua rakan-rakan blogger.Last tahun 2011 saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melihat blog saya yang biasa-biasa jer ni. Tahun 2011 adalah tahun yang menyeronokkan kerana hobi saya menternak ayam membuahkan hasil. Apa tidaknya tahun ni bersukan jer ayam dah keluar 6x dengan keputusan 4 win, 1 draw, 1 lose. Jadilah.. tapi ayam saya jarang dijual dan hanya untuk kegunaan sendiri.. Ayam yang saya jual di blog saya ini adalah kerana hendak menolong kawan. Baik ataupun tidak kawan tidak tahu. Hanya pembeli yang boleh menilai ayam tersebut. Cerita sedikit sebanyak dalam menternak ayam ini bermulanya hanya kerana minat dan hobi. Apabila panas telinga itu yang jadi penghasilan atau kerugian. Namun begitu dalam bersukan kita janganlah terlalu ikutkan hati dan perasaan kerana kelak boleh binasa. Seperkara lagi, dalam menternak ayam ini saya dapat rasakan segala kekusutan sewaktu bekerja dapat dikurangkan dengan melihat telatah ataupun karenah ayam yang dibela terutama ketika memberi makan. Bleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan memberi makan bila masa tiba waktu rehat saya pada jam 9.00 pagi dan waktu pulang kerja pada 4.30 petang. Itulah rutin harian saya tanpa memikirkan soal penat dan malas. Gambar dibawah ini merupakan RnD saya pada tahun 2011. Produk yang terpilih dan terbaik tahun 2011 akan dibawa bersukan tahun 2012 yang akan datang.
Gambar diatas diambil pada bulan Augustus 2011
Gambar diatas telah di rakam pada 29-12-2011 Sekian sajalah penutup untuk tahun 2011. Semoga pembukaan awal tahun 2012 hingga penghujungnya akan bertambah baik daripada sebelumnya.

Kampungku Bah.....

Ku mengharapkan panas berpanjangan rupanya hujan lebat 2 hari.. Bah yang melanda kampungku ini mungkin ada hikmahnya. Disebalik kedukaan penduduk terhibur juga dengan kehadiran Menteri yang dicemuh masyarakt dalam kes lembunya... Apa pun biar masyarakat yang putuskan tetapi selagi dia masih menteri perlu cari alternatif untuk merenung kembali. Fikir-fikirkanlah. Namun kegembiraan ini pasti ada dukanya. Mana tidaknya ayam-ayam ku kesejukan namun dengan tindakan pantas walaupun dalam hujan aku membuat pendawaian elektrik untuk memanaskan anak ayam tersebut. ( Nasib tidak kena renjatan ) kalau tidak pasti terpacak rambut kepala den. Disini diletakkan beberapa keping gambar rumah mangsa banjir untuk renungan rakan-rakan bloger sekalian. Kesian tak kawan-kawan. Tidak lupa juga kepada mangsa-mangsa banjir di negeri lain, patuhi segala amaran yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berlakunya peristiwa menyayat hati jika berlaku kepada sanak saudara sendiri. Gambar dibawah merupakan keadaan bah yang melanda kampungku dan juga menteri yang melawat kampungku

Angsa Vs Ayam

Cerita Menarik Angsa Dengan Ayam..Semalam 12hb Disember 2011 sewaktu saya duduk-duduk memerhatikan ayam hijau ini terdapat keanehan antara dua mahluk ini. Apa yang menariknya, terlihat keakraban dua mahluk berlainan jenis yang saya rasakan sungguh menakjubkan. Melihat gelagat mahluk ini saya pun cepat-cepat mengambil handphone untuk mengambil gambar tersebut. Terpikir sejenak.. mungkin ayam berwarna ijau ini belum diberi nama, cepat-cepat saya terfikir mungkin ayam ini perlu diberi nama Angsa Ijau. Hehehehe. ( Menarik Sekali nama ini ).Disini saya ada mengambil beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan tentang gelagat seekor angsa dengan ayam diberi nama Angsa Ijau. Sehingga ke hari ini hubungan kedua-dua mahluk ini seperti sudah saling mengenali antara satu sama lain. Apa tidaknya, makan bersama, minum bersama, tidur pun bersama ( satu didalam jaring yang satu mengawal rakannya). Terdapat keserasian yang tidak trfikir oleh benak fikiran ini. Lagi satu yang menariknya tentang keserasian mahluk ini, bila mana saya hendak memandikan angsa ijau ini, rakannya pasti akan mengekorinya sambil berbunyi seperti mahu dimandikan juga. Akhirnya saya mengalah dan mengambil sebuah bekas untuk angsa tersebut mandi( Mandi sendiri ). Setelah selasai mandi, angsa ijau ini dijemur untuk menguji stamina. Yang menariknya rakannya juga berjemur disebelahnya sambil membersihkan bulu badannya sama seperti yang angsa ijau buat. Melihat telatah ini, hilang segala kekusutan dalam kepala otak.

Anak Jalak 2.2k Untuk Dijual

Selamat bertemu kembali untuk edisi bulan Disember 2011. 3 ekor ayam kawan hendak dijual. Jenis Magon + Thai. Saya cuma membantu sahaja. Boleh terus hubungi penjual. Harga Jalak C: RM 350.00 ( Call 012-7860852 kalau mahu tanya gaya tarungnya )- SOLD
Harga Jalak B: RM 350.00 ( Call 012-7860852 kalau mahu tanya gaya tarungnya )- Dah SOLD
Harga Jalak A: RM 350.00 ( Call 012-7860852 kalau mahu tanya gaya tarungnya ) -SOLD
Owner ayam ni memberitahu sekiranya pembeli ingin membeli 3 ekor sekali gus bayaran hanya RM 1000.00 jer. Tiada penghantaran. Umur ayam dalam 8 bulan.

Patah Tumbuh Hilang Berganti....

Kenangan terindah pada minggu ini dapat ayam sama rome bulu dengan ayam yang hilang sebelum ini. Fuh... Tidak tertahan rasanya dan asyik dipegang-pegang setiap hari.HEHEHEHEHE. Cuma kaki jer warna lain. Dari sahabat untuk sahabat. Terima kasih sahabat..Apa yang saya lalui dalam menternak ayam ini adalah tentang keakraban dan kesetian seorang yang bernama sahabat, rakan kongsi, abang atau sebagainya. Sebenarnya kesetian dan amanah itu perlu ada kerana kita perlu menjaga sensitiviti mereka terhadap apa yang telah dipercayai. Sahabat yang baik susah hendak dicari tetapi musuh ada dimana-mana. Dibawah ni adalah gambar ayam tersebut untuk tatapan sahabat, rakan kongsi dan abang
Tengah dalam penjagaan untuk dibawa bersukan

Ahkam Ahyam......

Selamat bertemu kembali rakan-rakan blogger.... dan peminat setia ayam ternak.... Pada bulan ini , saya ingin berkongsi kenangan terindah dalam menternak ayam ini. Berikut adalah gambar ayam yang diternak untuk tatapan pengunjung blog. Kamiyam- Anak kepada Jalak Kamikaze bersama Ibu Magon. Ayam ni tengah jalan cuci dan belum di spar lagi. Kalau sudah spar 3x dan cukup latihan ayam ini akan dibawa bersukan. ( Terkini- Kojol kena penyakit... Sedih..sedih )
Gonngoy- Anak kepada saigon kelabu yang dibeli daripada rakan dengan harga RM 1000.00 pada tahun 2010. Mahal juga lah ni pada saya yang tidak mampu. Anak ini hasil daripada gabungan darah saigon dan pagoy. Dulu bapa ayam ini x der jalan tapi sekarang nak pukul kepala ayam ni pun susah. Baru 8 bulan dah bersukan dengan ayam import. Bersukan 6 air pulak tu. Air 4 pun muka masih bersih tapi lawannya dah jahit mata.. Last-last draw. Tengah nak naikkan berat badan ayam ni kepada 3.3kg untuk menjadikan ayam ini stabil.Bukan nak mengecilkan pembeli-pembeli ayam import tapi nak menunjukkan baka yang diturunkan sendiri sebenarnya boleh setaraf dengan ayam import. Memanglah baka kita kena mencari ayam yang pernah memegang tali pinggag " Champion" sama ada ayam import atau ayam benih sendiri tapi yang pastinya kepuasan yang kita dapat tiada tandingan. Bak kata orang daripada Hobi menjadi Minat dan daripada Minat membuahkan hasil.maaf rakan-rakan kalau ayat saya ini menyinggung rakan-rakan.Inilah rialiti kehidupan sebagai penternak. Gambar dibawah ini diambil selepas 4 hari bersukan.

Sesaje Update Blog.... Yang Hilang Diganti Yang Baru. Yang mengambil x akan Selamat. Amin

Salam 1 Laga 1 Malaysia... Tema yang direka saya.. Dah lepas raya apa program nak buat apa yer.....? sambung sport fighter ker.atau apa yer..Rasa x best dan x der mood rasanya selepas kehilangan 3 ekor ayam ni. Pedih rasanya. Tapi semua itu satu cabaran. Ni saya kongsi sikit laaa ayam yang terkini dan biasa-biasa jer... just share. Mana tau rakan-rakan dapat bagi komen ayam ni lagi baik.. kalau x elok boleh masuk kuali macam biasa ler.. Hehehehehe
Ni amik dari rumah sedara... Just buat suka-suka pasal yang ilang tur lebih kurang macam ni warnanya..( X dijual tau )
Ni baka sendiri ada kat umah member dah.. Katanya tengah jalan cuci. Terpulanglah pada dia nak buat apa dengan ayam ni. Anak Bapak Togel Vs Ibu Balung Angsa
Ni baka ada dirumah kawan.. Kalau berkenan boleh amik. Yang ini dijual katanya. Kawan tur mintak RM 300.00 jer buat modal beli jagung. Bawah ni pic sisiknya depan dan belakang.
- Sisik Depan -
- Sisik Belakang -

Terkini Untuk Tatapan Rakan-Rakan

Selamat bertemu kembali di bulan Ramadhan Mubarak ini..

Bulan ni saya nak share gambar sikit laa dengan rakan- rakan.


Saigon VsPagoy ( Tgh Jalan Cuci ) 5-10-2011



Magoy ( Tgh Jalan Cuci ) 5-10-2011



Bravo





Anak-anak sedang membesar

AYAM TARUNG LARI ISTIMEWA.mpg



Ayam permainan macam inilah yang kalahkan ayam yang diberi nama GATOT tu.
Tidak tertahan GATOT nak mengejarnya. Mungkin lain kali saya akan bawa Ayam Ketip Pukul Body untuk di cuba dengan ayam pama lau ini. Boleh ker x boleh saya akan cuba.

Ayam Ternak Muda-Mudi

Untuk tatapan rakan-rakan saja... Biasalah dah bujang-bujang ayam ternak ku ini. Aktiviti mengambil photo dan santai untuk dimuatkan dalam blog. Apa yang dilakukan ini hanya untuk kenangan manalah tau ada waris yang berminat untuk menternak ayam ni. Hehehe.... Sekarang pun pewaris pun masih kecil just untuk share jer..


Cerita ayam bujang muda sebelah ini adalah telur yang dibawa masuk daripada INDIA oleh pekerja yang bekerja di syarikat saya.. 10 Biji yang dibawakan tetapi yang menetas cuma 5 sahaja. Ni gambar salah sekor untuk tatapan sahaja. Anak muda ni adalah adik beradik kepada Boomm. Dah dibeli kawan sendiri. Katanya nak dibawa ke Seberang... ( Ilang kena curi ) 5-10-2011







Gambar anak muda sebelah ni pun sama... Tengok baka dah ok , sisik dah ok, teknik jer belum tengok... Ayam ni banyak ikut ciri-ciri atuknya.dari segi pial, muka dan sisik. Warna jer x ikut. Tgu lah lagi 2 bulan baru complete anak muda ni. Jikalau tidak mengikuti citarasa saya pasti akan ke kuali. Makan pun sodap.. HUHUHUHU ( Ada di N.9 ) 5-10-2011










Aha.. gambar sebelah kanan ni biasa jer.. Anak baka Gasing katanya... Bapak dan ibu dah mati... Saya gelar (Black Gasing) Baka sendiri. Ciri-ciri belum tahu lagi sebab tgh dok kurung jer dulu.. Macam biasa lah kalau x ok ke kuali gayanya.. ( Ada di Selangor ) 5-10-2011











Ni pula pun sama jer dengan yang atas.. Anak Gasing tapi ibu lain... Ibu masih ada. Saya gelarkan ( White Gasing )- baka sendiri. Ayam ni sekarang yang control ayam muda-mudi di kandang besar. Teknik dah tengok... Boleh laa.. Tidak malu lah kalau hendak dibawa...


* Dah Menang 1x bukak taji :- 21/8 ( Buat Bapak Dah ) 5-10-2011

For Display Only.

Hai!... apa khabar rakan-rakan bloger. Selamat bertemu kembali untuk edisi bulan June 2011 ini. Gambar-gambar ternakan saya ini just untuk share dengan memember semua. Boleh beri komen berkenaan gambar ini.

1) SENTIAKI ( Juara Bagi Gelaran ) - Benih Sendiri



Masih anak muda... Belum dilihat tekniknya macam mana. Muncung dalam proses pemulihan akibat patah paruhnya. HUHUHUHU.
Berat dalam 2.9kg belum ada isi. Status Bapak & Ibu sudah tiada.


2) GATOT ( Juara Bagi Gelaran ) - Benih Import



Result 1 Win, 1 lost ( Lawan Pama Lau Jauh )- 1 Bong lari Pama tur.. x Terkejar Gatot. Kasi rehat panjang..
Ingin lihat video taip ni http://www.youtube.com/watch?v=AV-xfwDCiy0


3) Boomm ( Sendiri Bagi Nama ) - Asil Cross



Baru jalan penjagaan oleh sang juara. Teknik dah lihat sekejap. Pukul kasar dan berat.
Berat 3.2kg
Status : Ayam sudah dibeli kawan sendiri...

BERSYUKUR..............

Bertemu kembali rakan-rakan blogger.. Well.. dah masuk bulan 6 dalam diam-diam yer. Dah setengah tahun rupanya untuk tahun 2011 ni. Bersyukur jualan bulan MEI 2011 telah habis dijual. Jadi kepada pembeli, jika ada sebarang komen, bolehlah saudar-saudara mengemail(mbkahkam@gmail.com) saya atau menelefon saya. Saya bersedia menerima komen-komen anda semua. Alah bisa tegal biasa. Bercerita mengenai ayam ternak saya ini, apa yang perlu saya tahu adalah derajat ayam tersebut.
Perbandingan derajat ayam ternak saya ini adalah melalui ibunya. Kekadang ibu yang sudah ada 2 darah seperti Pama x Saigon ( Magon ) tidak berani dengan ibu yang ada 3 darah seperti Pama x Thai x Saigon ( Saya pun x tau nak sebut apa ni ) hehehehehe. Biasanya saya memilih ayam ternak saya dengan 3 cara:- Saya tidak tahu lah kalau ada sahabat saya memilih dengan banyak cara. Mungkin kita boleh berkongsi idea diruang KOMEN yang disediakan. Saya perlukan pandangan breeder-breeder yang ada.

1) : Lihat Bakanya
2) : Lihat Sisiknya
3) : Lihat Tekniknya


Yang paling penting sekali selepas kita melihat ketiga-tiga cara pemilihan ayam ni adalah kita perlu CARA PENJAGAAN yang berkualiti.

Cerita-Cerita Pasal Ayam Ternak...( Part 2 )

Selamat bertemu kembali rakan-rakan bloger saya... Huhuhu setelah penat seharian suntuk membuat kerja-kerja dipejabat, kini saya melapangkan masa sedikit untuk cerita seterusnya didalam part 2. Huhuhuhu. Cerita ini berkaitan indukan ke-3 ditempat saya. Bapak ayam ini diperolehi daripada sahabat saya yang berada di..... ( Johor). Boleh tahan gak harganya. Walaupun mahal saya tetap membelinya berikutan permainan ayam ini yang unik. Tolak kuat, pukul tepat, ada buah. Ayam ni telah diberi nama TOGEL berikutan bulu dilehernya tidak pernah tumbuh bulu. Hehehehe. Biasalah.. orang ada nama ayam pun nak nama juga. Dibawah ini merupakan gambar indukan ke-3 saya untuk tatapan rakan-rakan berharga RM 900.00 :-

Togel ini telah saya pesum dengan 5 ekor betina sendiri untuk ekperimen. Apa yang menariknya ayam ini, masa baru tiba di kandang, adalah seorang sahabat saya yang mengatakan ayam ini tidak cukup sifatlah, kurang sikitlah dan bermacam-macam lagi(mungkin saya tidak beli ayam dia) namun saya abaikan apa yang diperkatakannya kerana pada pandangan saya iannya boleh tahan. Dengan hati yang panas membara... saya menyuruh sahabat tersebut membawa ayam champion dia untuk di lihat gayanya.Terkedu dan terdiam sahabat saya melihat ayam championnya tidak boleh berbuat apa dengan ayam saya ini.. tapi sebaliknya ayam sahabat yang teruk kena pukul di belakang kepala dan belakang badan. Setelah hampir 20 minit melihat pemainnya saya berasa sungguh teruja kerana ayam saya ini tiada kesan luka yang teruk. Ayam champion sahabat saya belakang badan menjadi biru kehijauan dan belakang kepala terkopek kulit. itulah pengalaman saya mendapat bapak yang ke-3 ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, Bapak TOGEL ini di pesum dengan ibu balung angsa, cucu buta,coklat,kluang,anak blorok telah menghasilkan anak yang kata orang tidak malulah hendak ke bong. Hanya 5 ekor jantan yang terpilih saya simpan daripada kesemua ibu ini. Sahabat JB- sekor, Sahabat N9- sekor, Sahabat yang test ayam seperti cerita diatas - sekor. Saya simpan 2.
Penat juga hendak menulis di blog ini. namun saya gagahkan untuk tatapan rakan-rakan betapa sukarnya perjalanan saya menjadi penternak...

Cerita-Cerita Pasal Ayam Ternak...( Part 1 )

Hai apa khabar rakan-rakan bloger. Cerita ni mungkin cerita bohong bak kata sifu tapi kalu nak percaya terpulang. Huhuhuhu. Permulaan saya membela ayam ternak ni datang daripada minat. Memang dikatakan langsung tidak tahu ciri-ciri seokor ayam yang berpotensi. Jumpalah saya dengan rakan Indonesia yang berdekatan dengan rumah saya, mintak beli sepasang.. Mulanya terkejut juga dengan harga yang ditawarkannya sehinggakan mencecah rm 500.00 hingga 1000.00 seekor. tapi dapat ibu 2 ekorlah.. Dalam masa membela, saya belajarlah dengan otai-otai lama yang pernah membela ayam ini dan dibantu dengan rakan-rakan yang ada di ganoi.com. Masa tu ganoi masih aktif. Mana tidaknya dapat tengok ayam-ayam sang juara. Setelah saya memahami sedikit sebanyak mengenai ayam ini, saya pun check ayam yang dibagi oleh rakan indonesia tersebut tapi amat mengecewakan sekali.. Ayam yang boleh digelar ayam kuali.. Huhuhuu sedih rasanya masa itu. Namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk membeli baka-baka terpilih. Tapi bukan semua orang indonesia ini tidak baik, ada gak yang baik dan boleh membantu. Mintak maaf laaa kalau saya berkata demikian sebab inilah kisah hidup saya sebagai penternak. Sambung balik kisah seterusnya.. Ayam induk kuali tadi telah saya habiskan dan digantikan dengan benih baru. Ini pun setelah saya mengenali rakan dari ganoi yang banyak membantu saya sehingga kini.. (bro)nama samaran. Bro inilah yang banyak memberi ilmu berkenaan ayam yang boleh menjadi juara di bong. Kekadang kalau difikirkan boleh jadi gila. Apa tidaknya, nak tgk sisik, bulu, keturunan dan macam-macam lagi.
Benih yang ke-2 saya Blorok Balung Angsa import...(RM 1000.00)..
Ini Gambarnya :-

Ini lah bapak ayam kedua saya.Cara permainannya pun dah lupa-lupa ingat maklumlah dah dekat setahun ayam ni berkubur akibat disembur ular hitam. Banyak juga laaa dapat daripada anak bapak ini namun susah nak dapat warna, muka, sisik yang mcm bapak. Memang tidak dinafikan membuat pembiakan ayam ternak ini agak sukar untuk mendapatkan yang berkualiti. Kalau muka serupa nanti warna x ikut, kalau kaki sama muka lain. Huhuhu.....Anak daripada bapak ini cuma dapat 5 yang jantan sahaja. Mana yang tidak berkenan dihati pasti akan disembelih dan dijual dengan harga rm 14/kg siap proses.
Untuk pengetahuan rakan-rakan bloger.. ini adalah gambar anak kepada blorok :-

Permainannya menyerupai bapaknya... Tetapi kaki mcm tidak berdaya. Sekarang ayam ini, saya suruh orang kampung bela sehingga salin bulu baru boleh ditest kembali keupayaannya.Inilah satu-satunya muka yang menyerupai bapaknya. Yang lain dh lupa taruk mana pic anak-anaknya. Ikutilah pengalaman kedua di Part 2 yang akan dibuat bila ada masa free. Sekian.