Ayam Ternak

Kampungku Bah.....

Ku mengharapkan panas berpanjangan rupanya hujan lebat 2 hari.. Bah yang melanda kampungku ini mungkin ada hikmahnya. Disebalik kedukaan penduduk terhibur juga dengan kehadiran Menteri yang dicemuh masyarakt dalam kes lembunya... Apa pun biar masyarakat yang putuskan tetapi selagi dia masih menteri perlu cari alternatif untuk merenung kembali. Fikir-fikirkanlah. Namun kegembiraan ini pasti ada dukanya. Mana tidaknya ayam-ayam ku kesejukan namun dengan tindakan pantas walaupun dalam hujan aku membuat pendawaian elektrik untuk memanaskan anak ayam tersebut. ( Nasib tidak kena renjatan ) kalau tidak pasti terpacak rambut kepala den. Disini diletakkan beberapa keping gambar rumah mangsa banjir untuk renungan rakan-rakan bloger sekalian. Kesian tak kawan-kawan. Tidak lupa juga kepada mangsa-mangsa banjir di negeri lain, patuhi segala amaran yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berlakunya peristiwa menyayat hati jika berlaku kepada sanak saudara sendiri. Gambar dibawah merupakan keadaan bah yang melanda kampungku dan juga menteri yang melawat kampungku

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.