Apa khabar.. semua rakan-rakan blogger.Last tahun 2011 saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melihat blog saya yang biasa-biasa jer ni. Tahun 2011 adalah tahun yang menyeronokkan kerana hobi saya menternak ayam membuahkan hasil. Apa tidaknya tahun ni bersukan jer ayam dah keluar 6x dengan keputusan 4 win, 1 draw, 1 lose.
Jadilah.. tapi ayam saya jarang dijual dan hanya untuk kegunaan sendiri.. Ayam yang saya jual di blog saya ini adalah kerana hendak menolong kawan. Baik ataupun tidak kawan tidak tahu. Hanya pembeli yang boleh menilai ayam tersebut.
Cerita sedikit sebanyak dalam menternak ayam ini bermulanya hanya kerana minat dan hobi. Apabila panas telinga itu yang jadi penghasilan atau kerugian. Namun begitu dalam bersukan kita janganlah terlalu ikutkan hati dan perasaan kerana kelak boleh binasa.
Seperkara lagi, dalam menternak ayam ini saya dapat rasakan segala kekusutan sewaktu bekerja dapat dikurangkan dengan melihat telatah ataupun karenah ayam yang dibela terutama ketika memberi makan. Bleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan memberi makan bila masa tiba waktu rehat saya pada jam 9.00 pagi dan waktu pulang kerja pada 4.30 petang. Itulah rutin harian saya tanpa memikirkan soal penat dan malas.
Gambar dibawah ini merupakan RnD saya pada tahun 2011. Produk yang terpilih dan terbaik tahun 2011 akan dibawa bersukan tahun 2012 yang akan datang.
Gambar diatas diambil pada bulan Augustus 2011
Gambar diatas telah di rakam pada 29-12-2011
Sekian sajalah penutup untuk tahun 2011. Semoga pembukaan awal tahun 2012 hingga penghujungnya akan bertambah baik daripada sebelumnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.