Keinginan serta minat yang mendalam amat penting untuk saya yang hobinya menternak ayam.Kesungguhan yang tinggi ini telah menjadikan saya betul-betul puas dan seronok walaupun modal yang dikeluarkan begitu besar. Apa tidaknya, hobi sebegini dapat menjana pendapatan sampingan dan juga dapat melapangkan fikiran ( kerja dibawah tekanan ) dengan kita memberi makan dan melihat telatah ayam tersebut. Terus terang saya katakan, inilah hobi yang berjaya memberi saya satu kepuasan dalam hidup.
ASSALAMUALAIKUM KEPADA RAKAN-RAKAN BERAGAMA ISLAM DAN SALAM 1 MALAYSIA UNTUK BUKAN ISLAM DAN JUTAAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAPANGKAN MASA MELIHAT BLOG SAYA..
Sudah lama tidak menaip laman blog ini kerana banyak perkara yang perlu dibuat sejak akhir-akhir ini. Apa yang menariknya disini, dimasukkan gambar-gambar ayam sabong@ ayam tarung untuk tatapan sahaja.
Pada bulan 5 reban saya telah diserang penyakit hawar yang sering berlaku dikalangan penternak ayam. Menjadi peringatan semua dan diri saya, sekiranya anda hendak mengambil ayam dari kandang lain, perlu diingat ayam tersebut perlu dikuarantin selama 2 minggu untuk melihat riaksi ayam tersebut sama ada sudah dijangkiti penyakit ataupun tidak.
Inilah yang saya kena disebabkan tidak membuat kuarantin pada ayam tersebut, seluruh ayam yang berada dikandang saya telah rebah dan menjadi makanan sedap ikan keli. Sesungguhnya ini sebuah pengajaran untuk penternak-penternak ayam waimahpun ayam kampung sekalipun. Kita perlu berjaga-jaga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.