Ayam Ternak

Gambar Ayam Ternak Ku Terbaru

TARIK ialah baka ayam dari kacukan PAMA vs BRAZIL. Telah memenangi 1 kejuaraan. Sedang disiapkan untuk mencari kejuaraan ke-2. Terima kasih rakan-rakan yang telah membantu TARIK ini mencapai kejuaraan sulung. Permainan macam stail pama. Mungkin saudara sudah faham permainan PAMA. Berat dalam 2.8kg Aja.



TOGEL ialah indukan yang terdapat di reban saya ini. TOGEL ini hasil kacukan PAMA vs THAI. Togel adalah indukan kedua dan mempunyai 4 gundik yang berlainan jenis. Sudah 3x mencapai kejuaraan 1x secara balut taji dan 2x open taji. Permainan suka pukul di belakang kepala. Berat dalam 3.5kg Aja.



PADU ialah hasil kacukan Bapa dan Ibu jenis pagoy. PADU ini telah diberikan oleh rakan baik saya sejak kecil lagi. rasanya baru 2 minggu berpisah dengan ibunya. PADU mempunyai sisik yang unik dan mempunyai permainan pukul body yang kuat. Dalam proses jalan cuci serta berkemungkinan akan dikeluarkan pada bulan 5. Berat dalam 3.1kg Aja.



PRIMAN ialah hasil kacukan BURMA vs THAI. PRIMAN adalah indukan ke-3 yang terdapat di reban saya. Ia Mempunyai kaki yang bisa serta teknik pukulan gunting. Bersama 3 gundik dari berlainan bangsa. Terima kasih rakan-rakan yang telah memberikan gundik untuk di acu bersama PRIMAN. Berat dalam 3.4kg Aja

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.

Terdapat ralat dalam alat ini