Keinginan serta minat yang mendalam amat penting untuk saya yang hobinya menternak ayam.Kesungguhan yang tinggi ini telah menjadikan saya betul-betul puas dan seronok walaupun modal yang dikeluarkan begitu besar. Apa tidaknya, hobi sebegini dapat menjana pendapatan sampingan dan juga dapat melapangkan fikiran ( kerja dibawah tekanan ) dengan kita memberi makan dan melihat telatah ayam tersebut. Terus terang saya katakan, inilah hobi yang berjaya memberi saya satu kepuasan dalam hidup.
Angsa Vs Ayam
Cerita Menarik Angsa Dengan Ayam..Semalam 12hb Disember 2011 sewaktu saya duduk-duduk memerhatikan ayam hijau ini terdapat keanehan antara dua mahluk ini. Apa yang menariknya, terlihat keakraban dua mahluk berlainan jenis yang saya rasakan sungguh menakjubkan.
Melihat gelagat mahluk ini saya pun cepat-cepat mengambil handphone untuk mengambil gambar tersebut. Terpikir sejenak.. mungkin ayam berwarna ijau ini belum diberi nama, cepat-cepat saya terfikir mungkin ayam ini perlu diberi nama Angsa Ijau. Hehehehe. ( Menarik Sekali nama ini ).Disini saya ada mengambil beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan tentang gelagat seekor angsa dengan ayam diberi nama Angsa Ijau. Sehingga ke hari ini hubungan kedua-dua mahluk ini seperti sudah saling mengenali antara satu sama lain. Apa tidaknya, makan bersama, minum bersama, tidur pun bersama ( satu didalam jaring yang satu mengawal rakannya). Terdapat keserasian yang tidak trfikir oleh benak fikiran ini. Lagi satu yang menariknya tentang keserasian mahluk ini, bila mana saya hendak memandikan angsa ijau ini, rakannya pasti akan mengekorinya sambil berbunyi seperti mahu dimandikan juga. Akhirnya saya mengalah dan mengambil sebuah bekas untuk angsa tersebut mandi( Mandi sendiri ). Setelah selasai mandi, angsa ijau ini dijemur untuk menguji stamina. Yang menariknya rakannya juga berjemur disebelahnya sambil membersihkan bulu badannya sama seperti yang angsa ijau buat. Melihat telatah ini, hilang segala kekusutan dalam kepala otak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.