Keinginan serta minat yang mendalam amat penting untuk saya yang hobinya menternak ayam.Kesungguhan yang tinggi ini telah menjadikan saya betul-betul puas dan seronok walaupun modal yang dikeluarkan begitu besar. Apa tidaknya, hobi sebegini dapat menjana pendapatan sampingan dan juga dapat melapangkan fikiran ( kerja dibawah tekanan ) dengan kita memberi makan dan melihat telatah ayam tersebut. Terus terang saya katakan, inilah hobi yang berjaya memberi saya satu kepuasan dalam hidup.
Patah Tumbuh Hilang Berganti....
Kenangan terindah pada minggu ini dapat ayam sama rome bulu dengan ayam yang hilang sebelum ini. Fuh... Tidak tertahan
rasanya dan asyik dipegang-pegang setiap hari.HEHEHEHEHE. Cuma kaki jer warna lain. Dari sahabat untuk sahabat. Terima
kasih sahabat..Apa yang saya lalui dalam menternak ayam ini adalah tentang keakraban dan kesetian seorang yang bernama
sahabat, rakan kongsi, abang atau sebagainya. Sebenarnya kesetian dan amanah itu perlu ada kerana kita perlu
menjaga sensitiviti mereka terhadap apa yang telah dipercayai. Sahabat yang baik susah hendak dicari tetapi musuh ada
dimana-mana.
Dibawah ni adalah gambar ayam tersebut untuk tatapan sahabat, rakan kongsi dan abang
Tengah dalam penjagaan untuk dibawa bersukan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.