Keinginan serta minat yang mendalam amat penting untuk saya yang hobinya menternak ayam.Kesungguhan yang tinggi ini telah menjadikan saya betul-betul puas dan seronok walaupun modal yang dikeluarkan begitu besar. Apa tidaknya, hobi sebegini dapat menjana pendapatan sampingan dan juga dapat melapangkan fikiran ( kerja dibawah tekanan ) dengan kita memberi makan dan melihat telatah ayam tersebut. Terus terang saya katakan, inilah hobi yang berjaya memberi saya satu kepuasan dalam hidup.
Patah Tumbuh Hilang Berganti....
Kenangan terindah pada minggu ini dapat ayam sama rome bulu dengan ayam yang hilang sebelum ini. Fuh... Tidak tertahan
rasanya dan asyik dipegang-pegang setiap hari.HEHEHEHEHE. Cuma kaki jer warna lain. Dari sahabat untuk sahabat. Terima
kasih sahabat..Apa yang saya lalui dalam menternak ayam ini adalah tentang keakraban dan kesetian seorang yang bernama
sahabat, rakan kongsi, abang atau sebagainya. Sebenarnya kesetian dan amanah itu perlu ada kerana kita perlu
menjaga sensitiviti mereka terhadap apa yang telah dipercayai. Sahabat yang baik susah hendak dicari tetapi musuh ada
dimana-mana.
Dibawah ni adalah gambar ayam tersebut untuk tatapan sahabat, rakan kongsi dan abang
Tengah dalam penjagaan untuk dibawa bersukan
Ahkam Ahyam......
Selamat bertemu kembali rakan-rakan blogger.... dan peminat setia ayam ternak....
Pada bulan ini , saya ingin berkongsi kenangan terindah dalam menternak ayam ini.
Berikut adalah gambar ayam yang diternak untuk tatapan pengunjung blog.
Kamiyam- Anak kepada Jalak Kamikaze bersama Ibu Magon. Ayam ni tengah jalan cuci dan belum di spar lagi. Kalau sudah spar 3x dan cukup latihan ayam ini akan dibawa bersukan. ( Terkini- Kojol kena penyakit... Sedih..sedih )
Gonngoy- Anak kepada saigon kelabu yang dibeli daripada rakan dengan harga RM 1000.00 pada tahun 2010. Mahal juga lah ni pada saya yang tidak mampu. Anak ini hasil daripada gabungan darah saigon dan pagoy. Dulu bapa ayam ini x der jalan tapi sekarang nak pukul kepala ayam ni pun susah. Baru 8 bulan dah bersukan dengan ayam import. Bersukan 6 air pulak tu. Air 4 pun muka masih bersih tapi lawannya dah jahit mata.. Last-last draw. Tengah nak naikkan berat badan ayam ni kepada 3.3kg untuk menjadikan ayam ini stabil.Bukan nak mengecilkan pembeli-pembeli ayam import tapi nak menunjukkan baka yang diturunkan sendiri sebenarnya boleh setaraf dengan ayam import. Memanglah baka kita kena mencari ayam yang pernah memegang tali pinggag " Champion" sama ada ayam import atau ayam benih sendiri tapi yang pastinya kepuasan yang kita dapat tiada tandingan. Bak kata orang daripada Hobi menjadi Minat dan daripada Minat membuahkan hasil.maaf rakan-rakan kalau ayat saya ini menyinggung rakan-rakan.Inilah rialiti kehidupan sebagai penternak. Gambar dibawah ini diambil selepas 4 hari bersukan.