Ayam Ternak

Ayam Ternak Muda-Mudi

Untuk tatapan rakan-rakan saja... Biasalah dah bujang-bujang ayam ternak ku ini. Aktiviti mengambil photo dan santai untuk dimuatkan dalam blog. Apa yang dilakukan ini hanya untuk kenangan manalah tau ada waris yang berminat untuk menternak ayam ni. Hehehe.... Sekarang pun pewaris pun masih kecil just untuk share jer..


Cerita ayam bujang muda sebelah ini adalah telur yang dibawa masuk daripada INDIA oleh pekerja yang bekerja di syarikat saya.. 10 Biji yang dibawakan tetapi yang menetas cuma 5 sahaja. Ni gambar salah sekor untuk tatapan sahaja. Anak muda ni adalah adik beradik kepada Boomm. Dah dibeli kawan sendiri. Katanya nak dibawa ke Seberang... ( Ilang kena curi ) 5-10-2011







Gambar anak muda sebelah ni pun sama... Tengok baka dah ok , sisik dah ok, teknik jer belum tengok... Ayam ni banyak ikut ciri-ciri atuknya.dari segi pial, muka dan sisik. Warna jer x ikut. Tgu lah lagi 2 bulan baru complete anak muda ni. Jikalau tidak mengikuti citarasa saya pasti akan ke kuali. Makan pun sodap.. HUHUHUHU ( Ada di N.9 ) 5-10-2011










Aha.. gambar sebelah kanan ni biasa jer.. Anak baka Gasing katanya... Bapak dan ibu dah mati... Saya gelar (Black Gasing) Baka sendiri. Ciri-ciri belum tahu lagi sebab tgh dok kurung jer dulu.. Macam biasa lah kalau x ok ke kuali gayanya.. ( Ada di Selangor ) 5-10-2011











Ni pula pun sama jer dengan yang atas.. Anak Gasing tapi ibu lain... Ibu masih ada. Saya gelarkan ( White Gasing )- baka sendiri. Ayam ni sekarang yang control ayam muda-mudi di kandang besar. Teknik dah tengok... Boleh laa.. Tidak malu lah kalau hendak dibawa...


* Dah Menang 1x bukak taji :- 21/8 ( Buat Bapak Dah ) 5-10-2011

For Display Only.

Hai!... apa khabar rakan-rakan bloger. Selamat bertemu kembali untuk edisi bulan June 2011 ini. Gambar-gambar ternakan saya ini just untuk share dengan memember semua. Boleh beri komen berkenaan gambar ini.

1) SENTIAKI ( Juara Bagi Gelaran ) - Benih Sendiri



Masih anak muda... Belum dilihat tekniknya macam mana. Muncung dalam proses pemulihan akibat patah paruhnya. HUHUHUHU.
Berat dalam 2.9kg belum ada isi. Status Bapak & Ibu sudah tiada.


2) GATOT ( Juara Bagi Gelaran ) - Benih Import



Result 1 Win, 1 lost ( Lawan Pama Lau Jauh )- 1 Bong lari Pama tur.. x Terkejar Gatot. Kasi rehat panjang..
Ingin lihat video taip ni http://www.youtube.com/watch?v=AV-xfwDCiy0


3) Boomm ( Sendiri Bagi Nama ) - Asil Cross



Baru jalan penjagaan oleh sang juara. Teknik dah lihat sekejap. Pukul kasar dan berat.
Berat 3.2kg
Status : Ayam sudah dibeli kawan sendiri...

BERSYUKUR..............

Bertemu kembali rakan-rakan blogger.. Well.. dah masuk bulan 6 dalam diam-diam yer. Dah setengah tahun rupanya untuk tahun 2011 ni. Bersyukur jualan bulan MEI 2011 telah habis dijual. Jadi kepada pembeli, jika ada sebarang komen, bolehlah saudar-saudara mengemail(mbkahkam@gmail.com) saya atau menelefon saya. Saya bersedia menerima komen-komen anda semua. Alah bisa tegal biasa. Bercerita mengenai ayam ternak saya ini, apa yang perlu saya tahu adalah derajat ayam tersebut.
Perbandingan derajat ayam ternak saya ini adalah melalui ibunya. Kekadang ibu yang sudah ada 2 darah seperti Pama x Saigon ( Magon ) tidak berani dengan ibu yang ada 3 darah seperti Pama x Thai x Saigon ( Saya pun x tau nak sebut apa ni ) hehehehehe. Biasanya saya memilih ayam ternak saya dengan 3 cara:- Saya tidak tahu lah kalau ada sahabat saya memilih dengan banyak cara. Mungkin kita boleh berkongsi idea diruang KOMEN yang disediakan. Saya perlukan pandangan breeder-breeder yang ada.

1) : Lihat Bakanya
2) : Lihat Sisiknya
3) : Lihat Tekniknya


Yang paling penting sekali selepas kita melihat ketiga-tiga cara pemilihan ayam ni adalah kita perlu CARA PENJAGAAN yang berkualiti.

Cerita-Cerita Pasal Ayam Ternak...( Part 2 )

Selamat bertemu kembali rakan-rakan bloger saya... Huhuhu setelah penat seharian suntuk membuat kerja-kerja dipejabat, kini saya melapangkan masa sedikit untuk cerita seterusnya didalam part 2. Huhuhuhu. Cerita ini berkaitan indukan ke-3 ditempat saya. Bapak ayam ini diperolehi daripada sahabat saya yang berada di..... ( Johor). Boleh tahan gak harganya. Walaupun mahal saya tetap membelinya berikutan permainan ayam ini yang unik. Tolak kuat, pukul tepat, ada buah. Ayam ni telah diberi nama TOGEL berikutan bulu dilehernya tidak pernah tumbuh bulu. Hehehehe. Biasalah.. orang ada nama ayam pun nak nama juga. Dibawah ini merupakan gambar indukan ke-3 saya untuk tatapan rakan-rakan berharga RM 900.00 :-

Togel ini telah saya pesum dengan 5 ekor betina sendiri untuk ekperimen. Apa yang menariknya ayam ini, masa baru tiba di kandang, adalah seorang sahabat saya yang mengatakan ayam ini tidak cukup sifatlah, kurang sikitlah dan bermacam-macam lagi(mungkin saya tidak beli ayam dia) namun saya abaikan apa yang diperkatakannya kerana pada pandangan saya iannya boleh tahan. Dengan hati yang panas membara... saya menyuruh sahabat tersebut membawa ayam champion dia untuk di lihat gayanya.Terkedu dan terdiam sahabat saya melihat ayam championnya tidak boleh berbuat apa dengan ayam saya ini.. tapi sebaliknya ayam sahabat yang teruk kena pukul di belakang kepala dan belakang badan. Setelah hampir 20 minit melihat pemainnya saya berasa sungguh teruja kerana ayam saya ini tiada kesan luka yang teruk. Ayam champion sahabat saya belakang badan menjadi biru kehijauan dan belakang kepala terkopek kulit. itulah pengalaman saya mendapat bapak yang ke-3 ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, Bapak TOGEL ini di pesum dengan ibu balung angsa, cucu buta,coklat,kluang,anak blorok telah menghasilkan anak yang kata orang tidak malulah hendak ke bong. Hanya 5 ekor jantan yang terpilih saya simpan daripada kesemua ibu ini. Sahabat JB- sekor, Sahabat N9- sekor, Sahabat yang test ayam seperti cerita diatas - sekor. Saya simpan 2.
Penat juga hendak menulis di blog ini. namun saya gagahkan untuk tatapan rakan-rakan betapa sukarnya perjalanan saya menjadi penternak...

Cerita-Cerita Pasal Ayam Ternak...( Part 1 )

Hai apa khabar rakan-rakan bloger. Cerita ni mungkin cerita bohong bak kata sifu tapi kalu nak percaya terpulang. Huhuhuhu. Permulaan saya membela ayam ternak ni datang daripada minat. Memang dikatakan langsung tidak tahu ciri-ciri seokor ayam yang berpotensi. Jumpalah saya dengan rakan Indonesia yang berdekatan dengan rumah saya, mintak beli sepasang.. Mulanya terkejut juga dengan harga yang ditawarkannya sehinggakan mencecah rm 500.00 hingga 1000.00 seekor. tapi dapat ibu 2 ekorlah.. Dalam masa membela, saya belajarlah dengan otai-otai lama yang pernah membela ayam ini dan dibantu dengan rakan-rakan yang ada di ganoi.com. Masa tu ganoi masih aktif. Mana tidaknya dapat tengok ayam-ayam sang juara. Setelah saya memahami sedikit sebanyak mengenai ayam ini, saya pun check ayam yang dibagi oleh rakan indonesia tersebut tapi amat mengecewakan sekali.. Ayam yang boleh digelar ayam kuali.. Huhuhuu sedih rasanya masa itu. Namun ini tidak mematahkan semangat saya untuk membeli baka-baka terpilih. Tapi bukan semua orang indonesia ini tidak baik, ada gak yang baik dan boleh membantu. Mintak maaf laaa kalau saya berkata demikian sebab inilah kisah hidup saya sebagai penternak. Sambung balik kisah seterusnya.. Ayam induk kuali tadi telah saya habiskan dan digantikan dengan benih baru. Ini pun setelah saya mengenali rakan dari ganoi yang banyak membantu saya sehingga kini.. (bro)nama samaran. Bro inilah yang banyak memberi ilmu berkenaan ayam yang boleh menjadi juara di bong. Kekadang kalau difikirkan boleh jadi gila. Apa tidaknya, nak tgk sisik, bulu, keturunan dan macam-macam lagi.
Benih yang ke-2 saya Blorok Balung Angsa import...(RM 1000.00)..
Ini Gambarnya :-

Ini lah bapak ayam kedua saya.Cara permainannya pun dah lupa-lupa ingat maklumlah dah dekat setahun ayam ni berkubur akibat disembur ular hitam. Banyak juga laaa dapat daripada anak bapak ini namun susah nak dapat warna, muka, sisik yang mcm bapak. Memang tidak dinafikan membuat pembiakan ayam ternak ini agak sukar untuk mendapatkan yang berkualiti. Kalau muka serupa nanti warna x ikut, kalau kaki sama muka lain. Huhuhu.....Anak daripada bapak ini cuma dapat 5 yang jantan sahaja. Mana yang tidak berkenan dihati pasti akan disembelih dan dijual dengan harga rm 14/kg siap proses.
Untuk pengetahuan rakan-rakan bloger.. ini adalah gambar anak kepada blorok :-

Permainannya menyerupai bapaknya... Tetapi kaki mcm tidak berdaya. Sekarang ayam ini, saya suruh orang kampung bela sehingga salin bulu baru boleh ditest kembali keupayaannya.Inilah satu-satunya muka yang menyerupai bapaknya. Yang lain dh lupa taruk mana pic anak-anaknya. Ikutilah pengalaman kedua di Part 2 yang akan dibuat bila ada masa free. Sekian.

Anak Blorok




Reputasi anak muda ini dalam penjagaan juara.
Permainan banyak tembak dan kaki bisa biasa agaknya.
Umur baru 6 bulan masuk 7.
Inilah satu-satunya anak blorok balung angsa yang serupa mukanya dan badannya sahaja.
Mengharapkan permainan macam bapaknya.