Ayam Ternak

AYAM DIJUAL & AYAM DISIMPAN ( boleh runding ).

SALAM SEJAHTERA & SALAM 1 MALAYSIA RAKAN-RAKAN BLOGGER... TANGGAL 17-02-2012 (JUMAAT) JAM 8.15 PAGI...... MALAM TADI PENAT JUGA MEMINDAHKAN ANAK-ANAK AYAM YANG BARU MENETAS NI. FUH.. ALHAMDULILLAH BERJAYA JUGA MENETASKAN 3 IBU AYAM YANG DITUNGGU-TUNGGU DENGAN IZIN TUHAN. ANAK-ANAK AYAM INI DARI 3 JAGO UTAMA YANG ADA DIKANDANG KAMI. SETAKAT INI ANAK-ANAK KEPADA 3 JAGO INI TELAH MENUNJUKKAN PENINGKATAN YANG TIDAK MEMALUKAN TUANNYA. SAYA NAK BERKONGSI SIKIT DENGAN SAUDARA-SAUDARI YANG BERADA DILUAR SANA. "ALAH BISA TEGAL BIASA" INILAH UNGKAPA YANG MENJADIKAN SAYA BERSEMANGAT UNTUK MENERUSKAN PEMBIAKAN AYAM INI.
Gambar dibawah ini merupakan anak-anak kepada salah seekor jago yang diberi nama "SABLENG". Setakat ini, anak-anak daripada jago ini tidak mengecewakan tuannya.
Untuk makluman saudara-saudari, sejarah jago "sableng" ini telah diperolehi pada tahun 2010 dari seorang sahabat di KL dengan harga RM 500.00 seekor dan pembelian adalah melalui abang saya. Masa tu... memang saya tidak kenal orang lain selain abang saya yang telah menunjukkan cara dan bagaimana hendak mengenali ayam yang baik ataupun tidak. Anak-anak yang telah dihasilkan kini amat memberangsangkan dan tidak malu untuk dibawa bersukan. Gambar dibawah ini merupakan sebahagian hasil R&D yang dilakukan oleh kami dan ada sebahagian ayam yang hendak dijual ada sebahagian akan disimpan. Pelawat yang datang boleh melihat dan memilih sambil menikmati hidangan kopi 'o' yang lazat. Apa yang pastinya adalah kepuasan pelanggan harapan kami. Harga yang diberikan adalah berpatutan dan boleh dibawa berbincang asalkan berijab. Boleh hubungi (012-7572440 Ah Kam)

Pama Line

Salam rakan-rakan FB. Ni pama trat dah 1 bulu dan tinggal tgu bulu ekor jer sikit lagi. Boleh dibawa bersukan lagi untuk hiburan. Sekarang ni kena berehat sebentar disebabkan suasana kucar-kacir disebabkan penguatkuasaan. Silap haribulan masuk TV3. Huhuhuuhu
Permainan ayam ini secara logiknya berdasarkan namanya adalah banyak tembak. Ketepatan muncung lawan tertanggal dan mata rosak adalah tinggi. permainan berhadapan adalah lebih baik. Ini sajalah yang dapat saya muatkan untuk awal bulan Februari ini. Sudi-sudikanlah untuk melihat... Terima kasih

Ayam Sendiri Untuk Dijual

Selamat Bertemu kembali... Paparan kali ini adalah berkenaan dengan penjualan ayam saya selepas menang bersukan Harga boleh sms saya di talian 012-7572440 ( ah kam ) Dah laku ( sold ) Cara permainan : Control Serong, Kaki Rajin dan Bisa, Jalan Baik ( Boleh Balut dan Taji Manis ) Darah : Pama + Saigon + Thai Kejuaraan : First Time Menang 1.1k Lawan Ayam Tua menang sekali. Gu lari air ke-3 Kalau berminat sms jer ambo.
Pic diatas ni diambil selepas menang bersukan ( Dah Sold )
Pic diatas ni seminggu selepas bersukan ( Dah Sold )
Apa khabar rakan-rakan blog. Sudah tiba masanya untuk menguji ternakan yang dihasilkan sendiri pada tahun 2012 ini. Walaubagaimanapun kita harus berhati-hati kerana situasi yang amat ditakuti oleh kaki-kaki ayam apabila diserang hendap. Permulaan tahun 2012 telah menunjukkan hasil yang memberangsangkan namun sebagai breeder kepuasan untuk menghasilkan yang terbaik setanding dengan ayam-ayam import bukanlah suatu yang mudah. Berbagai halangan dan cabaran yang perlu ditempuhi. Bukan soal wang yang merunsingkan tetapi tenaga yang dikerahkan siang dan malam tanpa erti penat dan jemu. Itulah yang dinamakan hobi. Permulaan tahun baru ini diselitkan sedikit sebanyak ayam-ayam yang akan berjuang pada tahun 2012 ini. Gambar dibawah ini adalah anak kepada pembaka ayam yang diberi " SABLENG "
Gambar dibawah ini pula adalah anak kepada pembaka ayam yang diberi nama " PAKOY "
Dah menang 2x. 1x dari tangan saya, 1x lagi dengan tangan tuan baru..
Dan yang ketiga pula dibawah ini adalah anak ayam kepada pembaka bernama " RAMBA "
Jadi sekian dulu untuk coretan saya ini pada 20 Jan 2012. Selamat berjaya rakan-rakan dalam mengharungi tahun 2012 ini.

Kenapa Saya Suka Bela Ayam....

Apa khabar.. semua rakan-rakan blogger.Last tahun 2011 saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi melihat blog saya yang biasa-biasa jer ni. Tahun 2011 adalah tahun yang menyeronokkan kerana hobi saya menternak ayam membuahkan hasil. Apa tidaknya tahun ni bersukan jer ayam dah keluar 6x dengan keputusan 4 win, 1 draw, 1 lose. Jadilah.. tapi ayam saya jarang dijual dan hanya untuk kegunaan sendiri.. Ayam yang saya jual di blog saya ini adalah kerana hendak menolong kawan. Baik ataupun tidak kawan tidak tahu. Hanya pembeli yang boleh menilai ayam tersebut. Cerita sedikit sebanyak dalam menternak ayam ini bermulanya hanya kerana minat dan hobi. Apabila panas telinga itu yang jadi penghasilan atau kerugian. Namun begitu dalam bersukan kita janganlah terlalu ikutkan hati dan perasaan kerana kelak boleh binasa. Seperkara lagi, dalam menternak ayam ini saya dapat rasakan segala kekusutan sewaktu bekerja dapat dikurangkan dengan melihat telatah ataupun karenah ayam yang dibela terutama ketika memberi makan. Bleh dikatakan tiap-tiap hari saya akan memberi makan bila masa tiba waktu rehat saya pada jam 9.00 pagi dan waktu pulang kerja pada 4.30 petang. Itulah rutin harian saya tanpa memikirkan soal penat dan malas. Gambar dibawah ini merupakan RnD saya pada tahun 2011. Produk yang terpilih dan terbaik tahun 2011 akan dibawa bersukan tahun 2012 yang akan datang.
Gambar diatas diambil pada bulan Augustus 2011
Gambar diatas telah di rakam pada 29-12-2011 Sekian sajalah penutup untuk tahun 2011. Semoga pembukaan awal tahun 2012 hingga penghujungnya akan bertambah baik daripada sebelumnya.

Kampungku Bah.....

Ku mengharapkan panas berpanjangan rupanya hujan lebat 2 hari.. Bah yang melanda kampungku ini mungkin ada hikmahnya. Disebalik kedukaan penduduk terhibur juga dengan kehadiran Menteri yang dicemuh masyarakt dalam kes lembunya... Apa pun biar masyarakat yang putuskan tetapi selagi dia masih menteri perlu cari alternatif untuk merenung kembali. Fikir-fikirkanlah. Namun kegembiraan ini pasti ada dukanya. Mana tidaknya ayam-ayam ku kesejukan namun dengan tindakan pantas walaupun dalam hujan aku membuat pendawaian elektrik untuk memanaskan anak ayam tersebut. ( Nasib tidak kena renjatan ) kalau tidak pasti terpacak rambut kepala den. Disini diletakkan beberapa keping gambar rumah mangsa banjir untuk renungan rakan-rakan bloger sekalian. Kesian tak kawan-kawan. Tidak lupa juga kepada mangsa-mangsa banjir di negeri lain, patuhi segala amaran yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan supaya tidak berlakunya peristiwa menyayat hati jika berlaku kepada sanak saudara sendiri. Gambar dibawah merupakan keadaan bah yang melanda kampungku dan juga menteri yang melawat kampungku

Angsa Vs Ayam

Cerita Menarik Angsa Dengan Ayam..Semalam 12hb Disember 2011 sewaktu saya duduk-duduk memerhatikan ayam hijau ini terdapat keanehan antara dua mahluk ini. Apa yang menariknya, terlihat keakraban dua mahluk berlainan jenis yang saya rasakan sungguh menakjubkan. Melihat gelagat mahluk ini saya pun cepat-cepat mengambil handphone untuk mengambil gambar tersebut. Terpikir sejenak.. mungkin ayam berwarna ijau ini belum diberi nama, cepat-cepat saya terfikir mungkin ayam ini perlu diberi nama Angsa Ijau. Hehehehe. ( Menarik Sekali nama ini ).Disini saya ada mengambil beberapa gambar untuk tatapan rakan-rakan tentang gelagat seekor angsa dengan ayam diberi nama Angsa Ijau. Sehingga ke hari ini hubungan kedua-dua mahluk ini seperti sudah saling mengenali antara satu sama lain. Apa tidaknya, makan bersama, minum bersama, tidur pun bersama ( satu didalam jaring yang satu mengawal rakannya). Terdapat keserasian yang tidak trfikir oleh benak fikiran ini. Lagi satu yang menariknya tentang keserasian mahluk ini, bila mana saya hendak memandikan angsa ijau ini, rakannya pasti akan mengekorinya sambil berbunyi seperti mahu dimandikan juga. Akhirnya saya mengalah dan mengambil sebuah bekas untuk angsa tersebut mandi( Mandi sendiri ). Setelah selasai mandi, angsa ijau ini dijemur untuk menguji stamina. Yang menariknya rakannya juga berjemur disebelahnya sambil membersihkan bulu badannya sama seperti yang angsa ijau buat. Melihat telatah ini, hilang segala kekusutan dalam kepala otak.